🠔 Back
Research & Analytics Division

Haluan Kerjaya (Bahasa Melayu)

Tay Yi Thong
11 pages
 • 
December 14, 2020
Download PDFCite this item

Abstract

Isu pengangguran dalam kalangan belia merupakan isu yang kritikal di Malaysia. Pandemik Covid-19 memberi kesan yang amat buruk terutamanya kepada golongan belia kerana kedudukan belia menjadi tidak seimbang di dalam pasaran kerja. Kajian menunjukkan bahawa pekerja muda ataupun novis menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk diberi cuti tanpa gaji, sementara kekosongan kerja untuk graduan yang baru sahaja menamatkan pembelajaran di peringkat universiti dikurangkan dan program perantis ('apprenticeship') turut ditangguhkan. Kemelutan Covid-19 mengakibatkan hampir 6 juta belia di Malaysia (berumur 15 - 29 tahun) dalam pasaran tenaga buruh berdepan persekitaran yang lebih sukar dan mencabar. Oleh hal yang demikian, situasi pasaran kerja pada masa kini menggambarkan kadar pengangguran yang berkemungkinan akan kekal untuk tempoh yang lebih lama. Tempoh pengangguran yang lama dan ketidakstabilan dalam pekerjaan pada peringkat awal perkembangan kerjaya boleh membawa kesan buruk pada jangka masa panjang. Kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kadar pekerjaan belia dengan menyediakan peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran sebagai imbuhan kepada insuran pengangguran golongan belia. Walaupun krisis ini memberi kesan yang yang drastik terhadap pasaran buruh, ia juga membuka ruang dan peluang untuk menghasilkan tenaga kerja yang memperolehi kadar peningkatan dalam pembudayaan teknologi serta daya tahan yang tinggi terhadap pelbagai isu dan krisis semasa. MSGA telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan pelbagai idea dan daya usaha yang disediakan oleh pihak kerajaan ketika berlakunya pandemik ini dengan harapan untuk membantu mengurangkan masalah pengangguran dalam golongan belia yang berpanjangan ini.

Rights & Usage

Copyright © 2020 by MSGA

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other noncommercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the publisher, addressed “Attention: RA Permissions Coordinator,” at the email address below:

enquiries@msga.my