🠔 Back
MSGA

Bunuh Diri di Malaysia dan Dipenjara [Infografik] (BM)

Arijey Sura, Koh Hui Hong, Chiah Zhi Shen, Cheam Yean Quen, Leong Zhao Chuen, Faris Durrani
21 pages
 • 
October 10, 2021
Download PDFCite this item

Abstract

Bunuh diri. Suatu isu kesihatan awam global yang serius yang mengambil secara purata 700,000 nyawa setiap tahun—dengan banyak lagi percubaan yang tidak maut. Pada waktu penulisan, cubaan membunuh diri di Malaysia merupakan jenayah boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 309, salah satu warisan undang-undang kolonial British. Di serata sejarah undang-undang ini, tiada data menunjukkan bahawa kewujudan hukuman terhadap percubaan membunuh diri menghalang perbuatan tersebut. Undang-undang ini hanya menghukum individu yang terdedah yang sudah mengalami tekanan yang ketara dan isu kesihatan mental yang lain. Undang-undang ini juga telah menghalang perbincangan terbuka tentang trauma dan menghalang mangsa mendapatkan bantuan dalam ideasi bunuh diri. Individu yang ingin mendapatkan sokongan selepas percubaan bunuh diri akan merasa takut dan secara keseluruhannya melemahkan langkah-langkah pragmatik yang diperlukan untuk mengurangkan kemungkinan cubaan berulang. Oleh itu, publikasi ini mengesyorkan pemansuhan penuh Seksyen 309 seperti yang dilakukan di Singapura. Walaupun dekriminalisasi bunuh diri adalah penting untuk memastikan individu yang bergelut dengan ideasi bunuh diri akan berasa selamat untuk mendapatkan bantuan, dengan sendirinya, hal ini tidak banyak membantu mencegah dan mengurangkan kadar bunuh diri di Malaysia secara berkesan. Mendekriminalisasi jenayah bunuh diri hanyalah langkah pertama reformasi ke arah pencegahan bunuh diri yang mantap. Sokongan kesihatan mental di semua peringkat perlu dimuktamadkan untuk mengenal pasti individu yang berisiko, menyediakan tindak balas barisan hadapan kepada krisis bunuh diri, dan dalam penjagaan susulan untuk mengurangkan kemungkinan cubaan berulang.

Rights & Usage

Copyright © 2021 by MSGA

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other noncommercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the publisher, addressed “Attention: RA Permissions Coordinator,” at the email address below:

enquiries@msga.my